Friday, February 13, 2009
Menangislah... Anda Akan Bertambah Sihat
Air mata terbahagi kepada TIGA kategori, demikian menurut kajian para saintis dan pakar2 perubatan. Pertama, air mata yang berfungsi memastikan mata kita sentiasa lembap. Kedua, air mata hasil gerak balas kepada sesuatu rangsangan saraf(refleks). Air mata ini akan terhasil secara spontan apabila berlaku gangguan kepada mata, misalnya disebabkan habuk dan hawa pijar daripada bawang. Kategori ketiga, air mata emosi dan ia terbahagi kepada beberapa sub-kategori lagi mengikut jenis emosi. Air mata ini mengandungi bahan2 kimia dan hormon yang berbeza, yang didapati berfungsi meningkatkan penyakit2 yang berkaitan dengan emosi seperti ‘dipresi’. Bahan2 kimia dan hormon ini memang perlu dinyahkan daripada tubuh, seperti kita membuang sisa kotoran kedalam tong sampah. Air mata gembira adalah seperti air garam atau air laut. Rasanya masin. Air mata yang menitis akibat sedih, bagaimanapun menurut para saintis mengandungi kimia, enzim, serta hormon yang lazimnya terdapat didalam penyakit ketumbuhan, ulser, bengkak dan kanser. Ini bermakna, menangis apabila berada di dalam kesedihan akan membantu kita membuang sebahagian daripada toksik2 yang tidak diperlukan oleh tubuh. Berdasarkan kajian itu juga, para saintis dan pakar perubatan mengatakan, lebih kerap seseorang itu menangis, lebih sihat tubuh mereka. Ini kerana, air mata bertindak sebagai pemulih tubuh secara semulajadi. Selain air mata, ketawa juga baik untuk tubuh. Menurut pakar2 perubatan, ketawa boleh mengurangkan tekanan dan melancarkan sistem peredaran darah serta menggalakkan pertumbuhan sel2 antibodi yang berfungsi melawan dan menghapuskan penyakit di dalam badan. Ketawa juga membantu mengurangkan hormon stress.Pembaca yang disayangi… ketawalah, dan menangislah apabila perlu, kerana kedua2 ini ALLAH ciptakan untuk membolehkan kita hidup dengan lebih sihat, tenang dan gembira..(^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment