* Apabila mendengar azan , bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
* Bacalah Al Quran atau tatapilah buku - buku , atau pergilah mendengar perkara - perkara yang baik atau amalkanlah zikirullah dan jangan sama sekali membuang masa kepada perkara -perkara yang tidak berfaedah.
* Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul.
* Janganlah banyak bertengkar dalam apa jua perkara sekalipun.
* Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.
* Jangan bergurau kerana umat yang senang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh - sungguh dalam semua perkara.
* Jangan bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh pendengar.
* Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan jangan bercakap melainkan apa - apa yang boleh memberi kebajikan.
* Berkenal - kenallah dengan setiap saudara muslim sekalipun tidak meminta untuk berkenalan.
* Kewajipan - kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita.
No comments:
Post a Comment