LEMBU:: hai ANJING:, apa habaq? macam ada yg tak kena je?
ANJING:: aku tengah tension nih. mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU: : eh? kenapa?
ANJING:: aku lalu tepi couple tgh bkepit tadi... tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan
berkata "hoi ANJING:, pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU:: ya lah... ko kan haram... najis tahap berat bagi manusia... da skapal ngan KINZIR pun ha...
ANJING:: memang r... tapi kalau dia tersentuh aku, boleh disamak... yang dia sentuh, raba-raba
awek dia tu apa? boleh ke nak samak dosa?
LEMBU:: betul gak ek... pegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat
kenajisannya daripada pegang ko... malah tak boleh suci sekalipun di samak
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa :
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram."
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh ANJING tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh ANJING bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya :
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."
No comments:
Post a Comment